ARTIKEL

Macau Scam: Guna nombor telefon pemilik sudah meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menggunakan nombor telefon yang pemiliknya sudah meninggal dunia, adalah antara taktik yang digunakan oleh sindiket Macau Scam untuk menjalankan kegiatan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata taktik itu memberi cabaran dan kesukaran untuk pihak polis mengesan suspek.

“Kebanyakan nombor telefon yang digunakan juga adalah didaftarkan atas nama warga asing,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, di sini semalam.

Ahsmon menunjukkan antara suspek Macau Scam yang dikesan.

Selain itu, beliau berkata akaun yang digunakan juga kebanyakannya adalah milik warga asing ada ada juga milik warga tempatan.

“Ada dalam kalangan pemilik akaun ini mendakwa mereka menjadi keldai akaun,” katanya.

Justeru, Ahsmon mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan sindiket Macau Scam.

Katanya sekiranya terjerat haruslah segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 dan membuat laporan di balai polis terdekat.

Menurutnya antara modus operandi yang digunakan ialah mengatakan tersalah hantar nombor TAC kepada mangsa dan meminta mangsa membacakan nombor TAC itu, menyamar sebagai pegawai penguat kuasa, pegawai bank dan sebagainya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira