ARTIKEL

Mahathir jumpa ketua-ketua parti termasuk GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg antara ketua parti politik yang berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan, hari ini menyatakan selain Abang Johari selaku pengerusi pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), turut hadir ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Kenyataan itu menambah Mahathir dijangka bertemu Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal esok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU