ARTIKEL

Gambar Hiasan

Mahkamah bebaskan empat lelaki cederakan peguam guna besi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan empat lelaki daripada pertuduhan bersubahat mencederakan seorang peguam menggunakan besi pada 22 Okt 2024.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Koay Beng Ghee, 38, Teh Eng Tat, 38, Ng Weng Kooi, 43, dan Yeoh Ee Seong, 48.

Mahkamah turut mendapati wujud percanggahan dalam naratif pendakwaan sehingga gagal memenuhi elemen pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan ahli perniagaan.

Koay, Teh dan Ng didakwa pada 24 Dis 2024 kerana bersubahat dengan Yeoh mencederakan Beh Hong Shien, 37, menggunakan sebatang besi di tepi Jalan Persiaran Karpal Singh, manakala Yeoh didakwa atas pertuduhan sama pada 27 Dis 2024.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama, manakala kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M. Darrshini dan kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,