ARTIKEL

Gambar hiasan

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman kes telur penyu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman denda RM9,600 atau 11 bulan penjara terhadap seorang bekas anggota polis atas kesalahan memiliki 230 biji telur penyu tanpa kebenaran Pegawai Hidupan Liar, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Dr. Wan Alwi Abdul Wahab, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Muniandy Kannyapan menolak rayuan pihak pendakwaan selaku perayu terhadap hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen ke atas responden, Supani Jumal, 66.

Mahkamah sebulat suara mendapati rayuan tersebut tidak mempunyai merit. Mahkamah rendah juga telah mempertimbangkan faktor yang memberatkan sebelum membuat keputusannya, kata Datuk Dr. Wan Alwi.

Pada 28 Februari 2024, responden yang merupakan bekas anggota polis mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana memiliki 40 biji telur penyu dan 190 biji telur penyu.

Dia memiliki telur penyu itu di dua lokasi berasingan, iaitu sebuah premis di Pasar Sematan dan sebuah rumah di Kampung Tanah Hitam, antara 9.35 malam hingga 10.00 malam pada 12 Ogos 2023. Mahkamah Sesyen kemudian menjatuhkan hukuman denda RM9,600 atau 11 bulan penjara terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) mendapati responden gagal mengemukakan sebarang kebenaran daripada Pegawai Hidupan Liar dalam satu serbuan berkaitan telur penyu yang dimilikinya.

Hasil siasatan mendapati telur penyu yang dirampas ialah spesies Chelonidae, haiwan yang dilindungi sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Pada 15 April 2025, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen terhadap responden.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang, manakala responden diwakili Ralph Lee dan Christopher Bada.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan