ARTIKEL

Majlis Islam Sarawak salur peruntukan RM1.6 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah RM1.6 juta telah diperuntukkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) untuk 1,571 masjid dan surau serta 48 tanah perkuburan Islam di seluruh Sarawak.

Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha berkata, peruntukan ini diagih kepada jawatankuasa yang dilantik.

Daripada jumlah itu katanya, RM1,571,000 diagih kepada masjid dan surau manakala RM48,000 merangkumi tanah perkuburan Islam.

“Tahun ini kita (MIS) membelanjakan RM1.6 juta untuk bantuan kepada masjid, surau dan tanah perkuburan. Ada cadangan kepada saya bahawa ianya (peruntukan) kena dinilai dahulu, In Shaa Allah saya akan bawa perkara ini kepada majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran majlis perasmian Inisiatif Kualiti Kreatif dan Inovatif (KIK) dan Penyampaian Sumbangan MIS kepada masjid,surau dan tanah perkuburan Islam di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

Kenyataan rasmi MIS menyaksikan Kuching merupakan bahagian tertinggi selaku penerima sumbangan dengan merekodkan jumlah masjid dan surau sebanyak 365 buah, diikuti dengan Samarahan sebanyak 209 dan Miri sebanyak 201 buah.

Lain-lain bahagian merangkumi Betong sebanyak 149 buah masjid dan surau, Bintulu 91 buah, Kapit 13, Limbang 168, Mukah 166, Sarikei 37 buah, Serian 58, Sibu 67, dan Sri Aman 48 buah.

Dalam perkembangan berlainan, Misnu mendedahkan sebanyak 55 buah masjid dan surau telah terpilih selaku kumpulan pertama yang akan mendaftar Insiatif KIK.

Katanya, kesemua kumpulan yang dipilih merupakan pemenang anugerah sijil penarafan tiga bintang dan pemenang anugerah sama sehingga lima bintang.

“Ini merupakan kumpulan pertama dan hajat kita sebenarnya hendak melakukannya untuk seluruh masjid di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan semua masjid dan surau menerima sumbangan RM1,000 bagi persediaan menjelang bulan Ramadan dijangka bermula pada pertengahan Mac ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU