ARTIKEL

P1-P2: Majlis Jamuan Negeri sempena ulang tahun ke-78 Tun Wan Junaidi berlangsung dengan meriah dan gilang gemilang.

Majlis Jamuan Negeri Hari Jadi ke-78 TYT Sarawak disambut gilang gemilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Jamuan Negeri sempena Hari Jadi ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar, disambut meriah semalam sebagai penutup sambutan ulang tahun beliau.

Acara tersebut berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan penuh istiadat di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Tun Wan Junaidi hadir bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, turut menyerikan lagi majlis tersebut.

Majlis semalam turut menampilkan tayangan video khas ‘Dari Rimba Ke Astana’ kepada orang ramai yang hadir.

Video tersebut memaparkan perjalanan kehidupan Tun Wan Junaidi sepanjang berkhidmat sebagai seorang pegawai polis sebelum menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, persembahan artis tanah air, termasuk Herman Tino, Dayang Nurfaizah, Bob Yusuf, Gab, Mel Imran, Firdaus Materang dan Claudia, serta persembahan khas daripada Bunga Citra Lestari turut memeriahkan majlis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU