ARTIKEL

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, Kanowit, Snowdan Lawan, Allan Siden Gramong, Machan, tuai rumah
Snowdan (tiga kanan) menerima cenderamata daripada TR Tarang (lima kanan) sambil disaksikan Allan (dua kanan) serta ketua masyarakat pada majlis tersebut.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat kesempatan bagi pemimpin memahami keperluan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Majlis Pemimpin Bersama Rakyat adalah inisiatif untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin tempatan dengan komuniti.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, berkata majlis ini memberi ruang kepada penduduk untuk berbincang secara langsung dengan pemimpin.

Ia sekaligus memastikan pembangunan yang dilaksanakan sesuai dengan keperluan mereka.

“Kunjungan kami bukan sekadar simbolik atau memeriahkan majlis ini, tetapi menggambarkan kesungguhan kami untuk berhubung dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

“Ini adalah kesempatan untuk kami mendengar suara anda dan memahami keperluan sebenar anda.

“Kami mahu bekerja bersama anda untuk memastikan pembangunan yang dibawa memberi manfaat yang berpanjangan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Ia diadakan di Rumah Tarang, Nanga Apek, Ulu Poi, dekat sini pada Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin itu juga mengingatkan bahawa program ini adalah bukti bahawa kerajaan komited untuk mendekati rakyat pada peringkat akar umbi.

Snowdan turut mengajak semua pemimpin masyarakat untuk memberi sokongan padu kepada ADUN Machan, Allan Siden Gramong, dalam memimpin kawasan Machan.

“Beri ruang kepada Allan untuk menerajui pembangunan, dengan sokongan padu daripada semua ketua masyarakat.

“Kerjasama kita akan menjamin kemajuan yang lebih baik untuk kawasan ini,” tambahnya.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan kepimpinan yang berintegriti dan bertanggungjawab.

“Tuai-tuai rumah perlu melaksanakan tugas mereka dengan penuh amanah dan kejujuran.

“Hanya dengan cara ini kita dapat memastikan kesejahteraan masyarakat berterusan,” katanya sambil menekankan nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam setiap tindakan kepimpinan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU