KUCHING: Maklumat mengenai tiada bantuan daripada pihak bomba untuk membantu memindahkan mangsa di Kampung Sinar Budi Baru di sini adalah tidak tepat, kata Khiruddin Drahman.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak itu berkata, pemindahan di kampung tersebut dilakukan oleh pihak bomba sejak semalam sehingga jam 4 pagi tadi.
“Seramai 15 orang mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan 11 perempuan telah dipindahkan ke pusat pemindahan,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.
Sementara itu, beliau menjelaskan jumlah anggota bomba yang bertugas setakat ini adalah mencukupi.
“Semua cuti anggota bomba telah dibekukan. Jika perlu, pertukaran syif daripada 12 jam kepada 24 jam dilakukan,” katanya.

JIM Sarawak serbu lapan lokasi, tahan 74 warga asing
KUCHING: Seramai 74 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak selepas pemeriksaan di lapan lokasi sekitar Kuching menerusi Ops Mahir dan Ops Sapu yang

