ARTIKEL

Anwar (kanan) bersama Profesor Jeffrey D. Sachs. - Foto: FB Anwar Ibrahim

Malaysia boleh terajui sains, teknologi, peralihan tenaga, digital dan alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menerajui aspek berkaitan sains, teknologi, peralihan tenaga, digital dan kemampanan alam sekitar, terutamanya menjelang kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dipersetujui Presiden ‘UN Sustainable Development Solutions Network’, Profesor Jeffrey D. Sachs, dalam pertemuan mereka ketika beliau menerima kunjungan hormat tokoh ekonomi dan pemikir terkemuka Amerika Syarikat itu di bangunan Parlimen hari ini.

“Perbincangan kami seputar isu global dan serantau berkait perihal ekonomi, teknologi dan digital, kemampanan alam sekitar serta situasi geopolitik di rantau ini serta di peringkat dunia, termasuk perihal persaingan antara China dan Amerika Syarikat, dan peranan negara-negara ASEAN, terutamanya Malaysia.

“Saya tegaskan bahawa Malaysia punyai hala tuju yang jelas serta dasar-dasar yang penting seperti sasaran karbon sifar bersih pada tahun 2050, kemajuan dalam melaksana objektif-objektif Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga serta Strategi Semikonduktor Nasional sebagai usaha dan upaya dalam melonjak darjat serta martabat negara,” katanya dalam hantaran di laman Facebook. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i