ARTIKEL

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (tiga, kanan) berkongsi sesuatu bersama para peserta pada Perasmian Forum Advokasi Perancang Keluarga 2024: Kontraseptif Dalam Abad ke-21, Cabaran dan Peluang hari ini. Foto: Bernama

Malaysia catat peratusan perancang keluarga tidak dipenuhi agak tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“Selain itu, bagi kadar prevalens kontraseptif dalam kalangan wanita usia reproduktif di negara kita masih rendah iaitu 42.8 peratus dengan penggunaan kontraseptif yang juga rendah iaitu 34.5 peratus.


“Sementara prevalens kehamilan yang tidak dirancang pula tinggi iaitu sekitar 33 peratus,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Forum Advokasi Perancang Keluarga 2023 bertajuk ‘Kontraseptif Dalam Abad ke-21: Cabaran dan Peluang’.


Seramai 180 peserta hadir di forum tersebut yang dianjurkan bersama dengan Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) di sini hari ini.


Dalam pada itu, Rohani berkata LPPKN telah mengatur pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran wanita terhadap kaedah dan perlunya perancangan keluarga.


Beliau berkata perancangan keluarga tidak sepatutnya dilihat sebagai agenda mengurangkan kelahiran semata-mata tetapi bertujuan membentuk institusi keluarga yang lebih berkualiti.


“Konsep merancang keluarga bukan untuk menyekat kelahiran bayi atau pertambahan keluarga, tetapi langkah proaktif bagi menjarakkan kehamilan dan mengelak melahirkan bayi dalam keadaan ibunya tidak bersedia,” katanya.


Rohani berkata LPPKN juga menyediakan kontraseptif percuma kepada golongan B40 selain mengadakan kempen dengan tema Melancar Keluarga Sejahtera sepanjang September.


Beliau berkata menerus perancangan keluarga yang baik bukan sahaja membantu memastikan kestabilan ekonomi malah mewujudkan suasana yang harmoni dalam sesebuah perkahwinan.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road