ARTIKEL

Malaysia sambut baik inisiatif Arab Saudi tamat konflik di Yaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik inisiatif Arab Saudi untuk menamatkan konflik dan memulakan semula proses politik di Yaman.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini, berkata inisiatif itu satu kemajuan besar bagi Yaman dan Malaysia menyeru pihak berkaitan merebut peluang keemasan itu serta melaksanakannya dengan ikhlas dan tanpa syarat.

Inisiatif itu termasuk gencatan senjata seluruh negara, pembukaan semula lapangan terbang Sana’a, kemasukan bahan bakar dan komoditi lain ke Yaman melalui pelabuhan Hudaydah serta rundingan politik menyeluruh antara pihak bertelagah.

“Malaysia percaya satu-satunya penyelesaian tunggal untuk merungkai konflik di Yaman adalah menerusi rundingan menyeluruh,” kata kenyataan itu.

Malaysia bersedia bekerjasama rapat dengan Arab Saudi dan masyarakat antarabangsa ke arah mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan berkekalan di Yaman.

Menurut laporan media, Arab Saudi mengumumkan cadangan yang turut mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan konflik enam tahun di Yaman, termasuk tawaran gencatan senjata dan menghentikan sekatan laut serta udara yang dikenakan Arab Saudi terhadap puak Houthi yang disokong Iran.

Konflik Yaman bermula pada 2014 apabila Houthi menguasai ibu kota Sana’a.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Final Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada 2023 selepas mara ke final Terbuka