ARTIKEL

Pemain Beregu Lelaki Malaysia, Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik.

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Final Terbuka Denmark

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada 2023 selepas mara ke final Terbuka Denmark dengan menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Jyske Bank Arena, Odense, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking keempat dunia tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan Korea Selatan itu 21-14, 21-18 dalam tempoh 38 minit.

Kemenangan itu turut membolehkan Aaron-Wooi Yik menyamakan rekod pertemuan dengan Won Ho-Seung Jae kepada 3-3.

Pada final esok, pasangan negara itu dijadual berdepan sama ada gandingan China Liang Wei Keng-Wang Chang atau pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik mempunyai kenangan manis di Odense apabila muncul juara edisi 2023 selepas menewaskan pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada final. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat pasukan plihan mara ke separuh akhir

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 BINTULU: Empat pasukan, Bintulu, Samarahan, Kuching dan Serian mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menamatkan saingan suku

BERITA TERBARU