ARTIKEL

Empat pasukan plihan mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PIALA PREMIER SARAWAK 2026

BINTULU: Empat pasukan, Bintulu, Samarahan, Kuching dan Serian mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menamatkan saingan suku akhir petang tadi.

Tumpuan terarah kepada dua finalis musim lalu, Bintulu dan Samarahan, yang sekali lagi membuktikan keupayaan masing-masing untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Bintulu, selaku juara bertahan, mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan ATM menerusi agregat 1-0, meskipun terikat tanpa jaringan pada aksi suku akhir kedua di Padang Sintetik BDA.

KE SEPARUH AKHIR…Kesebelasan utama pasukan Bintulu. – FOTO FAIZAL BUJANG

Sementara itu, naib juara musim lalu, Samarahan, mara bergaya menerusi kemenangan agregat 6-2 ke atas Limbang selepas mencatat kemenangan 4-1 pada aksi timbal balik di Stadium Terbuka Kota Samarahan.

Kuching turut melangkah ke separuh akhir selepas membenam Miri 7-0 pada aksi kedua di Padang Perumahan, Jalan Astana, sekali gus mencatat kemenangan agregat 9-1.

Serian melengkapkan senarai empat pasukan terbaik selepas menyingkirkan Sibu menerusi agregat 5-0, termasuk kemenangan 3-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tun Zaidi.

Aksi separuh akhir pertama dijadual berlangsung pada 24 Oktober, menyaksikan Samarahan menentang Bintulu di Stadium Terbuka Kota Samarahan, manakala Kuching berdepan Serian di Kompleks Sukan Balai Ringin.

Perlawanan separuh akhir kedua pula dijadual berlangsung pada 31 Oktober di Padang Sintetik BDA dan Padang Perumahan, Jalan Astana.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri

BERITA TERBARU

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,