ARTIKEL

Datuk Mohd Azizulhasni Awang

Kejohanan Trek Dunia: Azizulhasni Tersingkir Pusingan 16 Terbaik Acara Pecut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR; Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang menamatkan cabaran pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 tanpa sebarang pingat selepas tersingkir pada pusingan 16 terbaik acara pecut individu lelaki di Shanghai, China hari ini.

Pada saingan itu, pelumba yang mendapat julukan ‘The Pocket Rocketman’ terpaksa akur kepada wakil Great Britain, Harry Ledingham-Horn dengan perbezaan masa tipis 0.021 saat (s).

Terdahulu, pelumba berusia 38 tahun itu mencatat 9.564s pada pusingan kelayakan untuk menduduki tempat kelapan keseluruhan, sebelum menewaskan wakil Colombia Cristian David Ortega Fontalvo pada pusingan pertama.

Kelmarin, Azizulhasni turut tersingkir pada peringkat suku akhir acara keirin.

Bagaimanapun, cabaran Malaysia pada kejohanan itu masih diteruskan menerusi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alysaa Mohd Farid yang dijadual turun beraksi dalam acara keirin wanita esok. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat pasukan plihan mara ke separuh akhir

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 BINTULU: Empat pasukan, Bintulu, Samarahan, Kuching dan Serian mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menamatkan saingan suku

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada

BERITA TERBARU

Empat pasukan plihan mara ke separuh akhir

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 BINTULU: Empat pasukan, Bintulu, Samarahan, Kuching dan Serian mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menamatkan saingan suku