ARTIKEL

Malpac Holdings akan dinyahsenarai pada 13 Jan, 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malpac Holdings Bhd dijadualkan untuk dinyahsenarai pada 13 Januari, 2026.

Dalam satu makluman kepada bursa, syarikat itu berkata rayuannya untuk mendapatkan lanjutan tempoh 12 bulan lagi sehingga 28 November, 2026 bagi menyerahkan pelan regularisasinya kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan telah ditolak.

Bursa Malaysia Securities Bhd berkata Malpac gagal menunjukkan dan memuaskan pihak bursa, sebarang perkembangan material yang menjurus ke arah penyelesaian dan penyerahan pelan regularisasi yang dicadangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan sejak lanjutan masa terakhir diberikan.

“Ia termasuk pembatalan kelulusan bersyarat Perintah Pembangunan (DO: Susun Atur) yang diberikan sebelum ini oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Syarikat itu dikehendaki mengemukakan semula DO dan menyemak semula pelan induk pembangunan, yang mana masa tambahan satu hingga dua tahun diperlukan untuk menggerakkan Projek Johor Bahru oleh syarikat secara berkesan, yang merupakan tonggak penting dalam membina semula perniagaan teras syarikat,” katanya.

Ia berkata sejak pengumuman pertama pada 17 Februari, 2020, Malpac telah diberikan kira-kira lima tahun dan 10.5 bulan untuk memperbaiki keadaannya mengikut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Nota Amalan 17.

“Semua penerbit tersenarai yang terjejas dikehendaki memperbaiki keadaan mereka dengan segera dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk memastikan tahap operasi yang mencukupi, mengekalkan integriti pasaran dan melindungi keyakinan pelabur,” kata bursa itu.

Ia seterusnya berkata masa dan peluang yang mencukupi telah diberikan kepada Malpac untuk memperbaiki keadaan syarikat.

Berkenaan sekuriti syarikat yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, sekuriti itu akan dikeluarkan daripada Bursa Depository oleh syarikat berkenaan sebaik sahaja sekuriti tersebut dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Securities.

Syarikat itu akan terus mengemas kini dan menyelenggara maklumat pemegang saham dalam daftar mereka, tambahnya. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road