TANJUNG MANIS: Ikan mancung 2.34 kilogram (kg) membawa tuah kepada Ismail Gus, 45, apabila dinobatkan johan pertandingan Mesei Latik Siri II anjuran Iftitah&Resort, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Ismail yang berasal dari Kampung Rajang membawa pulang hadiah utama RM5,000.

Ketika ditemui wartawan bapa lima cahaya mata ini menyifatkan kemenangannya sebagai tuah dan rezeki untuk keluarga.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi dan menyertai pertandingan ini sekadar untuk mengisi masa terluang. Saya tidak sangka menjadi pemenang utama dan membawa pulang RM5,000,” katanya.

Tempat kedua disandang Mohammad Isa Alias ,38, yang turut mendaratkan ikan mancung
1.58 KG dengan wang tunai RM2,000.

Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyampaikan hadiah kepada Ismail Gus sambil diperhatikan yang lain. Kelihatan sama Pengurus Iftitah Resort& Restoran, Ibnee Ikni dan Pegawai Daerah Tanjung Manis, Udin Bujang.

Dalam pada itu, tempat ketiga wang menawarkan RM1,000 menjadi milik Dediantino Asek yang berjaya mendaratkan ikan sembilang seberat 990 gram.

Pada masa yang sama, tempat keempat dan kelima menawarkan hadiah RM100 masing-masing dimenangi Khairi Azri Materang dan Kristifferson Nyumbang.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Dalam pada itu, Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang menyumbangkan RM20,000 untuk acara peringkat akhir yang dijangka berlangsung pada Disember depan.

Sementara itu, Pengurus Iftitah Resort& Restoran, Ibnee Ikni berkata, pertandingan kali mendapat sambutan seramai 162 orang peserta berbanding hanya 135 peserta dalam siri pertama lalu.

“Saya amat gembira, pertandingan kali ini mendapat sambutan begitu mengalakkan. Terima kasih kepada kepada mereka yang datang memberikan sokongan, ” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tanjung Manis, Udin Bujang.

Suara Sarawak