ARTIKEL

Manfaatkan peruntukan GKCDA untuk pembangunan Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Bau diperuntukkan RM450 juta menerusi peruntukan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) untuk melaksanakan projek pembangunan di daerah tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk GKCDA dan dibahagikan sama rata untuk setiap sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah agensi tersebut termasuk sebahagian daripada kawasan DUN Balai Ringin.

TERIMA KASIH… Henry (empat kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Anielia Siam yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bau sebelum ini. Turut kelihatan (dari kiri) Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Datuk Austin Dimin dan Adun Opar Billy Sujang.

Katanya, tiga DUN dalam Daerah Bau iaitu Opar, Tasik Biru dan Serumbu diperuntukkan RM150 juta setiap DUN yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan projek pembangunan.

“Kita telah mengadakan makmal baru-baru ini supaya wang itu betul-betul diguna pakai untuk memajukan kawasan GKCDA dan Bau sebahagian daripadanya.

“Projek-projek yang menggunakan peruntukan besar haruslah mempunyai perancangan dan melibatkan banyak agensi untuk implementasi melaksanakan projek,” katanya berucap pada pada Majlis Penghargaan Sekalung Budi Daerah Bau di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Henry yang juga Adun Tasik Biru menyeru agensi-agensi kerajaan untuk bersama-sama membangunkan daerah tersebut dalam tempoh enam tahun sejajar dengan matlamat Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Turut hadir, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Adun Opar Billy Sujang, Timbalan Residen Kuching Dr Cheong Yaw Liang, Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas, l dan Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Datuk Austin Dimin.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di