ARTIKEL

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media selepas sesi ceramah ‘The Role of Art in Mental Health’ sempena Miri Arts Festival (MAF).

Manfaatkan seni sebagai alat terapeutik atasi masalah kesihatan mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Masyarakat perlu memanfaatkan seni sebagai alat terapeutik dalam mengatasi masalah kesihatan mental yang kini semakin meningkat.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seni bukan hanya sekadar hobi, tetapi ia memiliki potensi besar dalam menenangkan jiwa dan mengurangkan kebimbangan dan kegusaran seseorang.

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media selepas sesi ceramah ‘The Role of Art in Mental Health’ sempena Miri Arts Festival (MAF).

“Kita perlu menggunakan seni sebagai satu alat untuk merawat terapi kesihatan mental walaupun kita ada tadbir urus yang menguruskan kesihatan mental.

“Sebaiknya kita adaptasikan peralatan dan kaedah baharu terutama dari segi kesenian yang boleh menenangkan jiwa dan mengambil masa untuk kita menguruskan individu yang menghadapi masalah mental,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengendalikan ceramah bertajuk ‘The Role of Art in Mental Health’ sempena Miri Arts Festival (MAF) hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya keseimbangan antara bidang sains dan teknologi dan kesenian.

“Mungkin kita selama ini hanya fokus kepada satu kerjaya dan kita tidak lihat seni itu sebagai satu kerjaya.

“Kita sebelum ini lebih fokus kepada sains dan teknologi, namun saya tidak kata ia tidak bagus, dan ia juga penting, tetapi kita jangan tinggalkan kesenian kerana seni boleh menenangkan mental atau beban dalam fikiran kita.

“Sebenarnya, terapi mental melalui kaedah kesenian ini juga dapat digunakan sebagai alat terapi di semua peringkat, termasuk sekolah dan masyarakat.

“Ia bertujuan agar kesenian dapat diperkembang dalam kalangan masyarakat kita dan sekali gus menjadi alat penting untuk kita menjamin pengurusan kesihatan mental yang baik serta menyeronokkan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau juga memuji usaha pihak penganjur membantu menyediakan terapi minda melalui pameran karya seni menggunakan teknologi baharu.

“Kalau kita lihat di MAF ini, kaedah lukisan sahaja tidak memadai, namun kita boleh lihat lukisan itu hidup apabila kita mengimbas kod bar atau QR yang tertera pada hasil karya tersebut.

“Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan kod QR pada setiap lukisan dapat memberikan pengalaman lebih mendalam kepada penonton atau pengunjung,” ujarnya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU