Mangsa banjir kekal 813 orang, PPS Bahagian Samarahan dijangka tutup jam 1 tengah hari ini

KUCHING: Kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bahagian Samarahan dijangka tutup pada jam 1 tengah hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat jam 12 tengah hari, seramai 813 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS di Serian dan Simunjan.

Manakala lima PPS dibuka di Daerah Serian bagi 638 mangsa iaitu seramai 42 mangsa di PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh, PPS SK Tanah Puteh (338), PPS Dewan Masyarakat Serian (148), PPS Kampung Rimba Padi (75) dan PPS Dewan Serbaguna Ranchan (35).

Sementara itu di Simunjan, empat PPS masih dibuka untuk menempatkan seramai 175 mangsa banjir.

Jelasnya, seramai tujuh mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin, PPS Dewan Mesra Simunjan (96), PSS Dewan Kampung Entangor Sebuyau (40) dan PSS Masjid Kampung Seruyuk Sebuyau (12).