ARTIKEL

Mangsa cedera parah diserang sekumpulan 11 lelaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Sebelas lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di Taman Pengkalan Jaya di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kejadian kira-kira 10.30 pagi itu membabitkan mangsa berusia 26 tahun yang didatangi lima lelaki menaiki dua kereta sebelum mengejar dan menyerangnya.

Beliau berkata mangsa cuba melarikan diri dengan terjun ke Sungai Kinta, namun ditetak menggunakan parang oleh seorang suspek sehingga mengalami kecederaan pada muka, tangan, kaki dan belakang badan.

Mohd Alwi berkata siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dendam dan rasa tidak puas hati kumpulan jenayah terancang terhadap mangsa, manakala 11 lelaki tempatan berusia 22 hingga 41 tahun ditahan dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah kekerasan.

Kesemua suspek telah direman bagi membantu siasatan berkaitan serangan itu dan penglibatan mereka dalam kumpulan jenayah terancang, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU