LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bakol baru-baru ini.
Kebakaran tersebut menyebabkan tujuh penghuni dari tiga keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka ranap sepenuhnya.
Sumbangan berupa barangan makanan, tilam, bantal dan juga wang diserahkan kepada tiga keluarga untuk meringankan beban mereka.
Menurut Dr Abdul Rahman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyerahkan bantuan awal.
JKMS juga akan memberikan peralatan membina rumah dan peralatan dapur yang berjumlah RM8,000.

