ARTIKEL

Marcos Mahu “Reset” Hubungan Filipina-China Untuk Redakan Ketegangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA, 14 Ogos (Bernama-PNA) — Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. pada Jumaat berkata rancangannya untuk menetapkan semula (reset) hubungan Filipina dengan China bertujuan meredakan ketegangan dan mengelakkan salah faham yang boleh memuncak menjadi konflik, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Bercakap pada majlis makan tengah hari presiden yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Asing Filipina, Marcos berkata penetapan semula itu bermakna kembali kepada dialog apabila ketegangan antara Manila dan Beijing mula meningkat.

“Ia adalah penetapan semula dalam erti kata bahawa jika kita mula mengesan atau merasakan lonjakan dalam ketegangan atau peningkatan ketegangan, maka kita perlu sekali lagi kembali dan berunding dengan rakan-rakan kita di China dan berkata, ‘Lihat, ini tidak menuju ke arah yang betul,'” kata Marcos.

Beliau berkata matlamatnya adalah untuk meredakan ketegangan dan mengelakkan situasi di mana kapal Filipina atau China serta anak kapal mereka boleh melakukan kesilapan atau salah faham antara satu sama lain.

Marcos berkata usaha untuk menguruskan ketegangan telah dijalankan, dengan setiap kejadian di Laut Filipina Barat (Laut China Selatan) memberikan peluang untuk mengenal pasti apa yang salah dan mencegah kejadian serupa.

“Kami cuba untuk membawa (turun) tahap ketegangan; kami cuba untuk melembutkan bahasa. Jadi, itulah reset,” kata Marcos.

Mengenai kemungkinan penerokaan minyak dan gas bersama China, Marcos berkata perbincangan telah berkembang apabila kedua-dua pihak mengusahakan terma rujukan.

“Saya dapat lihat kemungkinan baharu ini bahawa akan ada penerokaan bersama seperti itu. Seperti mana-mana usaha sama, G2G (kerajaan-ke-kerajaan) atau, jika ia semata-mata komersial, anda perlu menentukan antara anda dan antara pihak terbabit dari segi rujukan,” kata Marcos.

Ditanya sama ada penerokaan minyak dan gas bersama China boleh dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya, Marcos menjawab, “Sudah tentu.”

Marcos berkata Filipina memerlukan bekalan minyak dan gas tambahan dan perlu meneroka kemungkinan di Laut Filipina Barat dan kawasan lain yang “boleh dimanfaatkan oleh negara itu.”

Beliau berkata, bagaimanapun, masa bagi mana-mana penerokaan bersama akan bergantung pada perkembangan perbincangan. Tambah Marcos, semua pihak yang terlibat kelihatan berminat untuk menjayakan kerjasama yang dicadangkan itu. – BERNAMA-PNA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road