ARTIKEL

Antara pengunjung dari luar yang singgah di Masjid Al-Qadim, Sibu, tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar.

Masjid Al-Qadim, masjid tertua di Sarawak, tempat wajib singgah bagi perantau dari luar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Masjid Al-Qadim yang terletak di Kampung Nyabor di sini terus menjadi tumpuan pengunjung luar setiap kali bertandang ke Sibu.

Keindahan Masjid Al-Qadim selepas dipulihara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata selain orang luar, masjid ini juga menjadi tempat wajib singgah bagi perantau anak Sibu setiap kali mereka pulang ke kampung halaman.

“Syukur Masjid Al-Qadim yang berusia lebih 150 tahun menjadi tempat mesti dilawati oleh masyarakat dari luar Sibu jika berkunjung ke Sibu.

“Anak-anak Sibu yang sudah berhijrah dari Sibu menjadikan masjid ini sebagai kenangan nostalgia dan juga tempat mereka berjumpa kawan-kawan lama di Sibu jika balik bercuti di Sibu,” katanya, hari ini.

Rentetan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka itu turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Kerajaan Sarawak yang telah mewartakan masjid ini sebagai khazanah warisan yang terletak di tengah-tengah bandar Sibu.

Menurutnya, inilah satu-satunya bangunan tertua yang masih wujud di Sibu.

“Masjid ini juga merupakan satu-satunya masjid tertua di Sarawak yang masih dipertahankan,” katanya.

Pada asalnya, masjid ini telah dibina oleh seorang ulama Indonesia yang datang berdakwah ke Sibu dengan kerjasama masyarakat Islam di Kampung Nyabor pada tahun 1861.

Ia dapat menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.

Kerja pemuliharaan masjid ini sebelum ini menelan belanja kira-kira RM2.2 juta.

Ia merangkumi lantai, bumbung, dinding, menara melaungkan azan, pemasangan pintu berbentuk seperti pintu Masjid Nabawi, serta penghawa dingin.

Gambaran di luar Masjid Al-Qadim.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU