ARTIKEL

Hata (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama peserta Majlis Khatam Al-Quran MASNITA 2026 sempena penutupan Program Tadarus Al-Quran Ramadan MASNITA di The Gallery, DeTAR PUTRA UNIMAS.

MASNITA Anjur Majlis Khatam Al-Quran, Himpun 74 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran MASNITA 2026 yang menghimpunkan 74 peserta daripada 10 kumpulan tadarus.

Majlis yang dianjurkan sebagai penutup Program Tadarus Al-Quran Ramadan MASNITA itu juga berlangsung dari 19 Februari hingga 10 Mac lalu, sekali gus menyaksikan peserta bersama-sama menyempurnakan bacaan 30 juzuk al-Quran secara sistematik sepanjang Ramadan.

UNIMAS menerusi kenyataan memaklumkan, program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya tilawah secara konsisten, meningkatkan kesedaran spiritual serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan staf wanita UNIMAS.

Bacaan khatam al-Quran secara beramai-ramai pada majlis penutupan Program Tadarus Al-Quran Ramadan MASNITA

“Selain memberi ruang pembelajaran sepanjang hayat, program ini turut menyumbang kepada kesejahteraan emosi, pemerkasaan wanita dan pengukuhan nilai integriti serta perpaduan dalam komuniti universiti,” katanya.

Majlis yang berlangsung di The Gallery, DeTAR PUTRA UNIMAS itu juga dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit sebagai tanda sokongan usaha MASNITA memperkukuh budaya tilawah, penghayatan spiritual dan ukhuwah warga universiti.

MASNITA juga berharap agar penganjuran program seumpama ini terus menjadi pemangkin dalam membentuk komuniti universiti yang sejahtera, berdaya tahan dan berteraskan nilai spiritual yang kukuh.

BERITA LAIN

Sharifah Nong-Jasmina bangkit genggam ijazah

PERJALANAN menuntut ilmu yang bermula pada 2018 akhirnya membawa Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi ke pentas konvokesyen lapan tahun kemudian, namun di sebalik kegembiraan menggenggam sulung

BERITA TERBARU

Sharifah Nong-Jasmina bangkit genggam ijazah

PERJALANAN menuntut ilmu yang bermula pada 2018 akhirnya membawa Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi ke pentas konvokesyen lapan tahun kemudian, namun di sebalik kegembiraan menggenggam sulung