ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Qadri (berdiri tengah) merakam kenangan bersama peserta Program ‘Smart Bootcamp’, di sini, baru-baru ini.

Masyarakat perlu sokong aktiviti pembangunan intelektual serta jati diri generasi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 40 peserta menyertai Program ‘Smart Bootcamp’ yang diadakan di Kem Belia dan Kingwood Resort, di sini, baru-baru ini.

Program ini merupakan anjuran Aqademi Expert Company dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).

Antara peserta yang menyertai program tersebut.

Pengarah Program Ahmad Qadri Basri berkata, program ini julung kali dianjurkan di Mukah dengan objektifnya untuk mempersiapkan penglibatan belia dalam penganjuran Hari Belia Sarawak 2024 anjuran MYSED

“Selain itu, merangka aktiviti yang menarik minat belia untuk dianjurkan sempena Hari Belia Sarawak 2024 kelak.

“Seterusnya, membina jaringan antara belia dan agensi-agensi yang boleh membantu dalam memperkasakan proses pembangunan belia pada masa akan datang.

“Program ini juga adalah untuk mempromosi aktiviti yang bakal dilaksanakan semasa sambutan Hari Belia Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa program seumpama ini pernah dilaksanakan di Mukah tetapi dengan kerjasama lain oleh pelbagai pihak bagi membantu pembangunan belia.

Jelasnya, peserta yang mengikuti program ini bukan sahaja terdiri daripada belia di Mukah, malah ada antara mereka berasal dari daerah lain seperti Matu, Daro, Igan, Kanowit, Sibu dan Kuching.

Sehubungan itu, Qadri berharap agar masyarakat terus menyokong usaha pihak kerajaan dan agensi-agensi dalam pembangunan intelektual serta jati diri generasi baru.

“Di sebalik program yang dianjurkan, tentunya ia dilakukan dengan pelbagai kerja keras, komitmen, tanggungjawab, idea serta kos yang tinggi.

“Disebabkan itu, dengan sokongan dan perhatian daripada masyarakat tentunya usaha tersebut berhasil dan lebih mudah dikecapi bagi membentuk generasi baru yang mampu memimpin bangsa dan negara,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU