ARTIKEL

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik ketika Sesi Dialog Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Auditorium RTM Johor Bahru malam ini yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Maszlee mahu politik matang gantikan sentimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berharap dialog politik dapat membentuk budaya politik yang lebih matang dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata program seperti itu membantu rakyat menilai pemimpin berdasarkan hujah, fakta dan bukti, bukan sentimen atau emosi.

Maszlee berkata demikian selepas menghadiri Dialog PRN Johor yang dianjurkan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani dan Sinar Harian di Auditorium Permata Sari, Jabatan Penyiaran Negeri Johor.

Beliau berkata tumpuan kempen PH bagi baki tiga hari ialah meningkatkan peratusan keluar mengundi, termasuk menggalakkan pengundi luar pulang menunaikan tanggungjawab.

Menurutnya, kadar keluar mengundi yang tinggi penting bagi memastikan kerajaan yang dibentuk memperoleh mandat yang kukuh daripada rakyat. Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung semalam seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU