ARTIKEL

Mayat yang ditemui di feri jeti Daro, pagi ini.

Mayat dua remaja lemas ditemui, seorang masih hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Mayat dua daripada tiga remaja lelaki yang hilang pada petang Ahad selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa, ditemui di jeti feri Daro, pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, mayat mangsa pertama ditemui kira-kira jam 6.26 pagi oleh salah seorang pekerja feri lebih kurang satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa .

“Setakat ini dua mangsa telah ditemui dan masih lagi dalam proses pengecaman oleh pihak polis serta ahli keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi oleh Suara Sarawak.

Terdahulu, dilaporkan tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Stockpile Batu Nangar, Daro pada Ahad lalu.

Mangsa hilang itu dikenal pasti sebagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi, yang semuanya berusia 13 tahun.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU