ARTIKEL

Foto Bomba dan Penyelamat

Mayat mangsa terakhir bot karam di Lundu ditemui pagi tadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, kira-kira 72 km dari sini Selasa lepas, ditemukan pada pukul 6.38 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mayat Alasma Jithil,14, dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

“Mayat dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Lundu,” katanya.
Beliau berkata dengan penemuan mayat ketiga itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jeti sungai itu ditamat.

Semalam, mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung satu kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Selasa lepas, dalam kejadian 6.10 pagi sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira