Mayat remaja hilang di Beladin ditemui terapung

BELADIN: Mayat seorang remaja lelaki dikhuatiri hilang dalam kejadian perahu karam Rabu lalu ditemui terapung di kawasan kemalangan sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Penemuan mayat mangsa, Muhammad Izzat Farhan Ismail, 16 disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PPgB Vincent Yabi selaku komander operasi bomba bertugas di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat akhirnya ditemui setelah tiga hari operasi mencari dan menyelamat mangsa di sepanjang sekitar sungai Beladin.

“Pencarian hari ketiga turut dianggotai tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan operasi membuat pencarian kaedah ‘surface searching’ di sekitar sungai.

Suara Sarawak