ARTIKEL

Mayat tanpa identiti ditemukan di dalam parit di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Orang ramai di sekitar Emart Tudan dikejutkan dengan penemuan mayat tanpa identiti di dalam parit sekitar 6.30 petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, PBT II Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan pada 5.32 petang.

“Sejurus panggilan, kita mengarahkan sepasukan anggota dari BBP Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba kemudian membawa jasad mangsa keluar dari parit dengan bantuan pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Henry, mayat mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan.

Katanya, kakitangan KMM mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 6.30 petang.

“Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU