ARTIKEL

Mayat wanita warga emas ditemukan dalam rumah RPR Taman Malihah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bau yang kurang menyenangkan daripada sebuah rumah di Jalan Belatok, RPR Taman Malihah, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.12 pagi.

“Berdasarkan laporan yang diterima daripada orang awam, pengadu mendakwa terhidu bau busuk
dari satu unit rumah di Jalan Belatok RPR Taman Malihah Kuching,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd Irwan, sejurus selepas menerima panggilan, pihaknya bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan.

Beliau berkata, pemeriksaan oleh pasukan siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan di lokasi kejadian telah menemukan mayat sorang wanita berumur 71 tahun.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU