Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Medamit bakal jadi sebuah daerah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LIMBANG: Medamit bakal menjadi sebuah daerah di masa hadapan.

Hal ini akan memberi peluang kepada penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Negeri di Medamit dan lain-lain kemudahan seperti mana dinikmati oleh daerah-daerah lain.

Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, dengan menjadikan Medamit sebagai sebuah daerah akan memudahkan masyarakat di kawasan ini untuk berurusan dengan kerajaan negeri.

“Pembangunan yang semakin pesat di Medamit dan pertambahan jumlah populasi melayakkannya untuk dijadikan sebuah daerah.

“Perkara ini sudah disuarakan oleh Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang semasa Persidangan Dewan Undangan lepas,” ujarnya.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri, Dauglas Unggah semasa ucapan perasmian Malam Kebudayaan Sempena Pesta Medamit 2019, di sini, semalam.

Kata Abdul Rahman, banyak pembangunan sudah dan akan dilakukan oleh kerajaan GPS terhadap Limbang khususnya di kawasan Medamit.

“Tidak lama lagi, Medamit akan menikmati tebingan sungai (Explanet) dengan kos pembinaan berjumlah RM5 juta bagi memudahkan penganjuran pesta ini pada masa akan datang.

“Saya juga akan terus mengikuti perkembangan pembangunan lain seperti keperluan asas masyarakat di sini,” katanya.

Baca lain  Yang tinggal adalah terbaik - Len Talif

Abdul Rahman yang juga Adun Bukit Kota itu turut mengumumkan geran peruntukan tambahan daripada Dauglas RM10,00 dan beliau sendiri RM5,000 untuk SADIA serta RM3,000 untuk SIDS Limbang.

Penganjuran Pesta Medamit oleh Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) cawangan Limbang pada tahun ini telah melakar satu sejarah baru di mana berjaya menarik jumlah pengunjung paling banyak dari penganjuran-penganjuran sebelumnya.

Difahamkan lebih 5,000 pengunjung dari pelbagai kaum dan agama termasuklah dari negara Brunei turut serta memeriahkan pesta yang berlangsung selama dua hari tersebut.

Turut hadir, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Wali Kota Limbang sufian Mohat, Naib Pengerusi SADIA Limbang Jangan Bakar, Temenggung Willie Marum Liaw, wakil dari pelbagai agensi kerajaan dan tuai-tuai rumah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru