ARTIKEL

Gambar Hiasan

Meja bistro ‘ganggu’ laluan jalan, lelaki rosakkan meja didenda 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, kerana merosakkan empat buah meja milik sebuah bistro.

Lim Teck Chong, 50, mengaku berbuat demikian kerana berpendapat meja yang diletakkan di sebuah lorong Jalan Padungan mengganggu laluannya untuk berjalan kaki.

Oleh itu, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana merosakkan meja milik sebuah bistro.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Padungan, sekitar jam 7.30 pagi, 21 Februari lepas.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu lelaki mendapati empat buah meja yang berada di luar bistro dalam keadaan bertaburan dan dirosakkan.

Pengadu kemudian membuat semakan pada Rakaman Kamera Tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali membuang dan meja berkenaan.

Anggaran yang dialami premis terbabit sekitar RM350.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh semalam (27 Februari) di Jalan Petanak.

Hasil siasatan membawa kepada tertuduh telah melakukan khianat merosakkan harta benda milik pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU