ARTIKEL

Football Association of Malaysia

Mekanisme Penentusahan Umur Media Sosial Tingkat Keselamatan Digital – Teo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan mekanisme penentusahan umur bertujuan memastikan golongan berumur 16 tahun ke bawah tidak memiliki akaun media sosial, selaras dengan usaha meningkatkan tahap keselamatan digital, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Teo berkata kaedah penentusahan itu akan ditentukan kelak, antaranya melalui MyDigital ID, kad pengenalan atau pasport.

“Selepas pelaksanaan mekanisme penentusahan, kerajaan tidak akan mengumpul maklumat mengenai identiti pengguna atau pemilik akaun. Proses ini hanya terhad kepada pengesahan umur sahaja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) yang ingin mengetahui sama ada Kementerian Komunikasi akan melaksanakan pembersihan data terhadap akaun media sosial sedia ada selepas mekanisme penentusahan umur dilaksanakan.

Teo berkata antara fokus utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ketika ini adalah menilai serta menguji kebolehlaksanaan mekanisme pengesahan umur pengguna oleh platform media sosial sebagai salah satu keperluan pematuhan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).

Beliau berkata penilaian itu merangkumi aspek keselamatan akaun pengguna, perlindungan data peribadi, pertimbangan privasi, ketepatan teknologi serta kesesuaian dengan kerangka perundangan dan regulatori negara.

Bagi tujuan tersebut, katanya proses Medan Ujian Regulatori (Regulatory Sandbox) sedang dilaksanakan, dengan MCMC bekerjasama dengan penyedia platform media sosial bagi menilai pendekatan teknologi yang sesuai.

“Ini termasuk mekanisme pengesahan umur, pengesahsahihan entiti, penggunaan kecerdasan buatan bagi mengesan kandungan berisiko serta penambahbaikan mekanisme pengendalian aduan yang lebih pantas dan berkesan,” katanya.

Selepas penilaian mekanisme pengesahan umur dan pelaksanaan proses Regulatory Sandbox, Teo berkata kewajipan untuk memastikan pengguna berumur 16 tahun ke bawah tidak menggunakan akaun media sosial akan diletakkan kepada penyedia platform media sosial menerusi instrumen subsidiari berkaitan.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai cadangan kerajaan mengawal selia proses penentusahan umur bagi platform media sosial, memandangkan ia melibatkan pemberian butiran peribadi warganegara kepada platform asing yang berpangkalan di luar negara. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road