ARTIKEL

Memperkatakan novel Pindah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Judul Buku: Pindah

Pengarang: Jong Chian Lai

Penerbit: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Tahun Terbit: 1987

Jumlah Halaman: 153 (termasuk

glosari)

Harga : RM6.00

PINDAH ialah novel Jong Chian Lai yang kedua selepas Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (dan pada pengetahuan saya belum ada novelnya yang diterbitkan oleh penerbit yang lain) tetapi masih novelnya yang pertama hasil karya yang bukan dikhususkan untuk peraduan menulis.

Pindah tercipta hasil ‘provokasi’ bawaan pembangunan khususnya yang dipicu oleh pembinaan empangan elektrik hidro Batang Ai.

Seperti yang diperkenalkan di bahagian belakang novel itu sendiri, Pindah berlatar belakang rumah panjang Kampung Tegelam yang akan ditenggelamkan apabila projek Hidro Batang Ai di Bahagian Sri Aman (Kedua) Sarawak siap dibina.

Novel ini, berdasarkan latarnya, menjadi novel yang menarik dan patut dibanggakan sebagai hasil sastera yang mengandung pelbagai unsur yang membentuk strukturnya, khususnya latar (tempat dan manusia yang difi ksyenkan) masyarakat Iban di Batang Ai dan Lubok Antu.

Beberapa unsur dan nilai sastera serta nilai kemasyaraatan yang akan dibincangkan kemudian juga amat menarik untuk diperkatakan dalam konteks sastera.

Novel ini juga dihasilkan sebagai mengisi ketepatan kehendak khalayak sastera nasional yang merasakan novel berlatar belakang unsur setempat Sarawak amat kurang, sekurang-kurangnya pada1980-an ketika novel ini diterbitkan. 

Kerana kejayaan awal Jong Chian Lai itu, pengulas ingin me-ngucapkan tahniah.

Pengarang ini sudah lebih berjaya dalam arena penulisan novel di Sarawak melalui beberapa novel yang lain – antara yang ternama Buaya Putih Buaya Kudung, Pemberontakan.

Pengarang novel ini bukan nama yang asing dalam direktori pengarang/penulis Sarawak khususnya dalam bidang cerpen kerana beberapa kali mengangkat nama negeri ini di arena kesasteraan kebangsaan malah sudah menjadi nama yang cukup besar. 

Jong Chian Lai mencipta nama sejak awal 1980-an. Beliau menjadik terkenal bukan sahaja melalui penulisan dan penerbitan tetapi turut memenangi pelbagai hadiah dalam pelbagai peraduan anjuran peringkat negeri sarawak dan/ atau peringkat kebangsaan.

Bukan sahaja beliau memenangi peraduan mengarang cerpen dan/atau novel tetapi juga menjadi penerima Anugerah Sastera Malaysia dalam genre cerpen. Kesinambungan penghasilan karya sasteranya juga begitu konsisten walaupun tidak begitu banyak.

Penerbitan dalam media cetak peringkat kebangsaan sudah menjadi jangkauan mudah baginya.

Penerbitan dalam media cetak tempatan sudah menjadi medan yang sangat mudah dicapainya.

Dalam bidang penulisan, walaupun pernah mencubacuba genre puisi dan skrip drama pentas, beliau nampaknya mengkhusus kepada genre cerpen dan novel melebihi bidang yang lain.

Namun percubaan beliau dalam penulisan puisi, dan skrip drama pentas bukanlah kegagalan melainkan tidak dilibati secara konsisten.

Sebelum kemunculan Awangku Merali Pengiran Mohammad dalam genre cerpen, nama Jong Chian Lai menjulang di puncak yang paling atas. 

Sekalipun kini beberapa rakan sepenulisannya sudah mencapai tahap kejayaannya (atau yang setanding dengannya seperti Jais Sahok dan empat lima orang penulis guru yang lain di Sarawak) namun Jong Chian Lai mempunyai keistimewaannya sendiri yang tetap berbeza daripada pengarang yang lain.

Hasil karyanya bersifat tersendiri dan kaya dengan latar tempatan khususnya masyarakat Iban yang sekali gus mengetengahkan latar geografi Sarawak di persada kesusasteraan Melayu.

Sebagai usaha awalnya menghasilkan novel, Pindah dirasakan cukup kuat untuk diperkatakan secara yang serius. Jong Chian Lai berjaya bermain dengan psikologi watak utamanya, Ungging.

Tindakan ini menepati cadangan Jais Sahok (1999) yang menyatakan keperluannya sebagai:

1. Yang pertama ialah penulis memulakan watak sebagai insan bukan sebagai jenisnya.

Misalnya watak manusia diperkenalkan dengan dirinya, sama ada sebagai diri orang pertama atau diri orang ketiga.

Perkembangan dari situlah wujudnya jenisnya — jahat, kaya, baik, penyayang, bengis atau apa-apa sahaja — sesuai dengan cerita yang dicipta.

2. Aspek yang kedua pula ialah penciptaan biografi fi ktif yang memancarkan dimensi emosi watak khususnya yang berkaitan dengan cita-cita dan keunggulannya.

Dari sinila kelak berkembangnya aspek cerita yang lain kerana watak akan berhadapan dengan rintangan dan cabaran untuk mencapai cita-citanya dan keunggulannya itu.

Kata orang juga bahawa watak yang tidak berkonfl ik dalam karya sastera tidak berupaya mewujudkan mutu cipta yang sebenarnya.

Konfl ik itu ternyata penting.

Maka wujudkanlah seadaadanya.

3. Perkara yang ketiga, tentang watak ini, cerita mesti menunjukkan pemupukan peningkatan emosi watak.

Ini penting kerana emosi watak mempengaruhi minda, tindakan dan fi kirannya.

Memanglah manusia harus menggunakan akal dan fi kiran tapi yang mempe-ngaruhinya selalunya apa?

Emosi!

Perkara ini amat intim dengan psikologi manusia dan tentulah memanipulasinya akan membawa kebaikan dan penjamin mutu karya juga dengan syarat aspek struktural karya yang lain dicipta dalam tahap mutu yang sama juga.

Jika tidak, mutu karya itu masih dapat dipertikaikan orang.

4. Yang tidak kurang pentingnya, aspek yang keempat, ialah watak itu harus memiliki pelbagai hubungan emosi atau perasaan terhadap atau dengan watak yang lain dalam cerita.

Inilah yang membantu  pengarang membuat penilaian terhadap konfl ik yang mungkin diwujudkan dalam cerita – lojik hubungan watak dengan watak yang lain sama ada dalam hubungan konfl ik positif atau negatif.

Umpamanya kalau Ali berazam untuk bersaing dengan Jali, apa kaitan emosi mereka – dendam kesumat atau persaingan yang positif seperti tidak mahu ketinggalan dalam soal perebutan peluang ekonomi.

Tapi cara mereka berinteraksi bagaimana?

Pelbagai hubungan emosi yang dimaksudkan di sini sememangnya refl eksi realiti seseorang manusia itu sendiri.

Kadang-kadang dia gembira, berduka, bahagia, riang, sedih atau apa-apa sahaja yang tergentunglah kepada lingkungan dan persekitarannya yang beraitan pula dengan konfl iknya dengan alam sekelilingnya.

5. Ketika memikirkan tindak-tanduk watak, kadangkadang pengarang bertindak terlalu drastik atau melampau.

Sepatutnya watak diberi masa yang sesuai (kesempatan) untuk bertindak. Ini ialah aspek yang kelima tentang watak dalam karya sastera.

Seseorang watak, manusia tentunya, memerlukan masa untuk berfi kir, membetulkan emosinya, dan kemudian bertindak terhadap konfl ik atau rangsangan yang mendorongnya berbuat demikian itu.

Tindakan watak dari satu peristiwa ke satu peristiwa juga penting dan perlu diberi masa yang sesuai Umpamanya kalau seseorang dirangsang supaya bergaduh, apakah tindakannya, apakah fi kirannya dan emosinya sebelum menyerang atau melari-kan diri daripada pihak, orang atau benda yang merangsangnya itu.

Masa yang diberi kepada watak untuk bertindak balas terhadap konfl ik atau objek yang berkonfl ik dengannya samalah dengan memberi masa yang sesuai kepada audiens/pembaca untuk mengidentifi kasi atau mengenali watak utama dalam cerita.

Ini aspek yang keenam berkaitan dengan cara membina daya penarik pada watak dalam cerita.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU