ARTIKEL

MOHAMAD DURI bergambar kenangan bersama-sama pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada Ma- jlis Anugerah Kolej Tingkatan Enam Saratok Sesi 2023/2024 di Saratok, semalam.

Menara gading di depan mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Apabila berada di Tingkatan Enam, pintu masuk ke menara gading sebenarnya sudah di depan mata.

Sehubungan itu, calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) digesa melakukan terbaik bagi menggapai keputusan cemerlang pada peperiksaan awam itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Mohamad Duri.

Menurutnya, cita-cita untuk ke universiti harus ditanam dalam diri setiap anak-anak.

“Apabila mampu berada di tingkatan enam, pelajar sudah melalui fasa pendidikan yang panjang dan sebenarnya pintu masuk ke menara gading sudah di depan mata untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.

“Orang kata selangkah kaki sudah melangkah ke universiti.

Justeru, jangan sia-siakan masa dan wang ringgit yang dikorbankan selama ini.

Buat yang terbaik dalam STPM.

“Buktikan semua anak-anak Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES) boleh memperoleh keputusan cemerlang, seterusnya ke menara gading,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kolej Tingkatan Enam Saratok kali kesembilan di sini, semalam.

Beliau ingin melihat semua anak-anak DUN Kalaka yang belajar di tingkatan enam berjaya dengan cemerlang.

“Peluang pekerjaan luas dijanjikan Kerajaan Sarawak dengan penerokaan bidang ekonomi baharu terutama sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Tentang bantuan, banyak inisiatif ditawarkan kepada pelajar mahupun penuntut di institusi pengajian tinggi seperti baucar buku, komputer riba percuma dan pelbagai lagi.

“Menjelang 2026, pendidikan peringkat universiti percuma kepada anak-anak Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak.

“Ia menjadi antara bukti kebijaksanaan dan keprihatinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mentadbir Sarawak.

Apabila perolehan negeri bertambah, ia dikongsikan kepada rakyat misalnya menerusi pembangunan pendidikan,” ujarnya.

Mohamad menambah banyak projek Kerajaan Sarawak seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dinikmati oleh sekolahsekolah dalam DUN Kalaka termasuk KTES.

Beliau pada majlis sama mengumumkan pemberian geran keseluruhan sebanyak RM52,000 kepada KTES.

Pegawai Pendidikan Daerah Saratok Awet Gapor, Pengetua Omar Sharif Buseri dan Yang Dipertua PIBG Chendang Pana turut hadir sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU