ARTIKEL

Seminar tersebut menampilkan dua panel jemputan berpengalaman, iaitu Dr. Mardiah Ramli dan Awang Mohammad Faisal Mat Salleh.

Mengangkat Warisan Istana Kesultanan Melayu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keunikan dan nilai sejarah Istana Kesultanan Melayu Kuching terus diperkasakan menerusi penganjuran Seminar Warisan Kesultanan Melayu: Seni Bina Istana Kesultanan Melayu Kuching yang berlangsung pada 16 Mei lalu di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak hari ini.

Program yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 Program Pengurusan Seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di bawah kursus GKP3253 Seminar Pengurusan Seni.

Seminar ini merupakan salah satu inisiatif akademik yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan warisan budaya, selain memperkenalkan nilai sejarah dan identiti budaya tempatan kepada generasi muda.

Seminar tersebut menampilkan dua panel jemputan berpengalaman, iaitu Dr. Mardiah Ramli dan Awang Mohammad Faisal Mat Salleh.

Kedua-dua penceramah berkongsi pengetahuan mendalam mengenai sejarah awal Kesultanan Melayu Kuching, keunikan seni bina istananya serta peranan penting institusi kesultanan dalam pembentukan identiti masyarakat Melayu di Sarawak.

Melalui perkongsian yang disampaikan, para peserta berpeluang memahami ciri-ciri seni bina tradisional yang terdapat pada Istana Kesultanan Melayu Kuching, termasuk reka bentuk, fungsi ruang dan kedudukan strategiknya yang mencerminkan kehebatan tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu.

Menurut pihak penganjur, seminar ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform penyebaran ilmu dan pemeliharaan warisan, malah menjadi medan pembelajaran praktikal kepada pelajar dalam menguruskan sesebuah program secara profesional.

Seminar memberi peluang kepada peserta memahami nilai sejarah dan kehebatan seni bina Istana Kesultanan Melayu Kuching

Pelajar turut berpeluang mengaplikasikan kemahiran dalam aspek pengurusan acara, komunikasi, dokumentasi serta kerja berpasukan sepanjang proses penganjuran seminar.

Antara objektif utama program ini adalah untuk menganalisis perkembangan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Kuching dalam konteks sejarah dan masyarakat Sarawak, mengenal pasti keistimewaan seni bina bangunan bersejarah serta menilai kepentingan usaha pemeliharaan warisan sejarah dalam menyokong pembelajaran akademik dan pembangunan identiti budaya negara.

Seminar tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UNIMAS, selain masyarakat setempat yang turut menunjukkan minat terhadap sejarah dan warisan Kesultanan Melayu di Sarawak.

Penganjuran seminar ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi usaha pemuliharaan warisan sejarah tempatan serta meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap khazanah budaya yang menjadi lambang identiti dan jati diri bangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira