ARTIKEL

Bapa Perpaduan, Almarhum Tun Hussein Onn.

Mengenang Bapa Perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga Malaysia yang lebih dikenali sebagai Bapa Perpaduan, perlu terus dikenang sebagai tokoh yang memainkan peranan besar dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sepanjang tempoh pemerintahannya, Tun Hussein berjaya memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif yang menjadikan perpaduan sebagai tunjang pembangunan negara.

Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, katanya, Tun Hussein memahami betapa pentingnya perpaduan dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara.

“Beliau berjaya menyatukan rakyat dengan pendekatan yang inklusif, mementingkan dialog antara pelbagai lapisan masyarakat, dan memperkenalkan dasar-dasar yang mengutamakan kepentingan bersama.

“Sumbangan beliau dalam memelihara keharmonian kaum dan memperkasakan integrasi sosial antara rakyat Malaysia adalah contoh teladan yang harus kita teruskan,” katanya dalam satu hantaran melalui laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Aaron berkata, rakyat Malaysia wajar mengingati dan meneruskan perjuangan Almarhum Tun Hussein Onn untuk memastikan negara terus maju dalam suasana perpaduan, saling memahami, dan menghargai antara satu sama lain.

Pada masa yang sama, beliau turut mengajak semua pihak mengukuhkan semangat perpaduan bagi mengatasi sebarang cabaran, dan memajukan negara buat generasi akan datang.

“Marilah kita mencontohi ketulusan, kesederhanaan, dan semangat kepimpinan Almarhum Tun Hussein Onn dalam usaha kita memperkukuhkan lagi perpaduan negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU