ARTIKEL

Menjelang Sukma 2020: Sedaya upaya untuk juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KONTINJEN Sarawak akan berusaha sedaya upaya untuk merampas semula kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan berlangsung di Johor pada 11-19 Julai depan. Menurut Sekretariat Sukma Sarawak, Ahmad Rodzli, ia merupakan satu cabaran besar dan menuntut komitmen semua pihak.

“Kita akui ia sukar, namun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan gelaran juara dapat dibawa pulang,” katanya ketika Mesyuarat Publisiti Sekretariat Johor Sukma XX-2020 bersama-sama media di di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, semalam.

Oleh itu katanya, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, termasuk media amatlah penting. “Berdasarkan pengalaman kita sebelum ini, kebanyakan masyarakat kita tahu apa itu Sukma… namun mereka tidak tahu secara terperinci. “Oleh itu, pihak kami amat memerlukan kerjasama pihak media untuk mempromosikan Sukma kepada khalayak masyarakat kita,” kata Ahmad.

“Sekurang-kurangnya mereka di luar sana mengetahui serba sedikit tentang Sukma. “Misalnya tentang tarikh Sukma, atlet yang akan bersaing, mahupun jumlah acara yang dipertandingkan. Jadi di sinilah peranan media amat penting,” jelasnya.

Sarawak akan mempertaruhkan sekitar 600 atlet yang akan bertarung dalam 31 acara. Kali terakhir kontinjen Sarawak menjuarai Sukma ialah pada 1994. Sebelum itu, Sarawak juga pernah juara pada 1992 dan 1990.

Namun sehingga kini Sarawak belum lagi mampu merampas kejuaraan dan hanya berbangga dengan beberapa gelaran naib juara. Oleh itu, Sukma 2020 dilihat sebagai pentas untuk merampas semula kejuaraan setelah 26 tahun kemarau juara.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira