ARTIKEL

Kredit: REUTERS/Denis Balibouse | Bernama

Menteri Iran gesa IOC gantung aktiviti Sukan Antarabangsa Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN: Menteri Sukan Iran Ahmad Donyamali menggesa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menggantung aktiviti sukan Israel di arena antarabangsa berhubung “jenayah” yang didakwa dilakukan semasa perang selama 40 hari terhadap Iran, lapor Xinhua yang memetik agensi berita IRNA pada Rabu.

Donyamali membuat gesaan itu dalam sepucuk surat kepada Presiden IOC Kirsty Coventry dengan menuntut beliau mengambil pendirian yang “jelas dan bertanggungjawab” terhadap “perang yang dikenakan” oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, menurut laporan IRNA.

Beliau menuduh AS dan Israel melanggar Piagam Olimpik dalam serangan “kejam” terhadap Iran, yang menurutnya mengorbankan ramai atlet Iran dan menyebabkan beberapa kompleks sukan rosak teruk.

Donyamali menggesa IOC mengutuk “jenayah” Israel terhadap Iran serta menghalang pasukan sukan negara itu daripada menyertai acara antarabangsa.

Beliau juga meminta IOC menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dan menilai kerosakan terhadap kemudahan sukan Iran serta hak atlet Iran yang “dilanggar”.

Pada 28 Feb, Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Tehran dan bandar-bandar lain di Iran, mengorbankan pemimpin agung Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, komander kanan serta orang awam, selain merosakkan infrastruktur awam negara berkenaan.

Iran kemudian membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta pangkalan dan aset AS di Asia Barat. Gencatan senjata dicapai antara pihak yang berperang pada 8 April. — Bernama

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,