ARTIKEL

Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang cadangan pindaan RUU hal kewarganegaraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang diadakan selama dua hari di Istana Negara antara lain membincangkan mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung hal-hal kewarganegaraan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat itu juga membincangkan soal pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Selain itu, beberapa perkara lain melibatkan pentadbiran Agama Islam dan hal-hal di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) termasuk pelantikan Pengerusi MKI, juga dibincangkan.

Tambahnya, majlis disembahkan taklimat terkini tentang keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pertahanan negara daripada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU