ARTIKEL

Facebook Malaysian Meteorological Department

MetMalaysia keluarkan Nasihat Ribut Tropika

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (KOTO) yang dikesan pada jam 11 pagi ini pada latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur kira-kira 396 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan, ribut tersebut bergerak dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam (km/j).

Jarak ribut berkenaan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,036 km ke barat laut Kudat, Sabah.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU