ARTIKEL

MFP Thailand fail usul sekat kuasa senator

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Parti Move Forward (MFP) Thailand memfailkan usul di Parlimen untuk menyekat kuasa 250 anggota senator yang dilantik selepas ketua parti itu, Pita Limjaroenrat kalah dalam usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Setiausaha agung parti, Chaithawat Tulathon memfailkan usul pada Jumaat untuk meminda Perkara 272 Perlembagaan.

Jika berjaya, pindaan itu menghapuskan kuasa senator untuk bersama-sama dengan Ahli Parlimen mengundi jawatan perdana menteri.

“Pindaan itu mengembalikan kuasa memilih perdana menteri kepada rakyat,” katanya.

Pada Khamis, Pita gagal memperoleh sokongan lebih separuh daripada 749 Ahli Parlimen.

Walaupun menjadi calon tunggal untuk jawatan itu, Pita berdepan ujian getir mendapatkan 375 undi yang diperlukan.

Beliau sebaliknya hanya mendapat 324 undi manakala 199 berkecuali.

Seramai 44 Ahli Parlimen tidak hadir pada persidangan itu.

Hanya 13 daripada 249 senator (seorang meletak jawatan pada Rabu) menyokong Pita manakala selebihnya mengundi menentangnya atau berkecuali. MFP percaya senator mungkin bertindak di bawah tekanan.

Sementara itu, Speaker Wan Muhamad Noor Matha mengumumkan pengundian pusingan kedua untuk memilih perdana menteri diteruskan seperti yang dijadualkan pada 19 Julai.

Beliau enggan mengulas sama ada Pita dicalonkan semula selepas ditetapkan semula pada Khamis.

“Terpulang kepada mesyuarat Parlimen untuk memutuskan… Kita perlu merujuk peraturan dan perlembagaan serta mendengar keputusan mesyuarat,” katanya.

MFP yang memenangi 151 kerusi pada pilihan raya umum 14 Mei dan memperoleh lebih 14.2 juta undi, mengetuai gabungan lapan parti yang bersama-sama memperoleh 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.

agaimanapun, gabungan itu masih memerlukan 63 undi kerana 249 senator yang dilantik oleh junta mungkin menjadi batu penghalang dalam usaha Pita untuk menjadi perdana menteri.

Sementara itu, pemimpin Pheu Thai Cholnan Srikaew berkata bahawa parti itu kekal dengan gabungan lapan parti sedia ada yang diketuai oleh Parti Move Forward.

“Tiada Pelan B untuk mengundi perdana menteri baharu,” katanya. Pheu Thai merupakan parti kedua terbesar di Parlimen, dengan 141 kerusi. – Bernama

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira