ARTIKEL

Mi Bandung pengikat Kasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Karya D Aidan

Endau, Johor

“Along, jangan lupa beli bahan untuk masak mi kegemaran abah, goreng pisang kuah sambal kicap untuk minuman petang sekali,” pesan ibu. 

Along mengangguk kepala. 

Si dara sunti ibu yang bekerja di Seremban, Along bergegas menghidupkan enjin kereta. 

Jika terlewat nanti dia perlu berhadapan kesesakan jalan raya.

Setiap minggu pasti ibu memasak mi bandung istimewa.

Air tangan masakan ibu biarpun ditiru tetap tidak sama.

“Apa istimewa mi bandung ni?” pernah Along bertanya kepada ibu. 

Ibu tanpa segan silu bercerita inilah masakan pertama ibu untuk ayah, selepas berkahwin. 

Ada nostalgia lalu rupanya.

Along bergegas ke pasar raya berdekatan selepas habis waktu bekerja di pejabat. 

Laju tangan Along mengambil sawi, mi kuning, sedikit cili merah, tomato, bawang goreng dan lain-lain lagi. 

Bahan basah seperti udang, ayam, sotong, daging dibeli awal. 

“Aduh, maafkan saya,” ujar Along. 

Along terlanggar troli. Gara-gara ingin cepat pulang ke rumah, ini pula terjadi. 

Mamat kacak berwajah persis pelakon Merqeen.  

“Kalau saya tak maafkan awak?” 

“Benda kecilkan,” getus Along. 

Deringan telefon bimbit melerai suasana tegang. Along segera membayar barang dibeli. 

Mamat tadi sengaja mengekori Along.

Rupa-rupanya kereta mereka diparkir bersebelahan. 

Along terlupa membeli pisang goreng.

Begitulah Along, kalau sudah kelam-kabut. Buat endah tak endah sahaja. 

Banyak sangat kerja dibekalkan oleh ketuanya untuk dibawa pulang.

Allahuakbar.

Harga barang juga semakin naik. Along mencongak beberapa kali.

Biasanya, dengan nilai RM50, semua bahan untuk memasak mi bandung dapat dibeli. 

Namun, keadaan kini sudah berubah.  

Zaman kanak-kanak yang indah.

Ungkapan yang sinonim dengan ibrah kenangan lalu. 

Dahulu, mereka menetap di Kampung Parit, sebuah kampung di selatan tanah air. 

Air perigi yang sejuk hingga ke sum-sum tulang, sawah padi menguning dan permainan layang-layang menggamit memori masa lalu.

Ibu berusaha menambah pendapatan keluarga dengan menjual pes rempah soto dan mi bandung. 

Setiap petang, sambil menjual epok-epok (karipap), Along turut meletakkan pes mi bandung dan soto. 

Namun,tawaran kenaikan pangkat abah membuat mereka sekeluarga berhijrah dan menetap di Negeri Sembilan.

“Petang ni, ada tamu istimewa nak datang,” kata ibu.

“Mereka nak ziarah abah.”

Walaupun abah kini sakit buah pinggang, mulutnya ramah. 

Bekas guru di Sekolah Kebangsaan Muara ini masih segak.

Guru Bahasa Melayu yang kekal dengan identitinya, bahasa jiwa bangsa. 

Ada rakan-rakan serta anak murid yang tetap mengingatinya selepas bersara. 

Pantas ibu menyiapkan juadah mi bandung dan sedikit jemput-jemput ikan bilis. 

Enaknya air kopi di cicipan bibir mungil mengundang seukir senyuman di bibir Along.

 Deringan loceng kedengaran tepat 6 petang di hadapan rumah. 

Sebuah kereta berwarna putih. “Ya Allah! mamat tadi.

Mukanya merah menahan malu. Along segera memakai tudung. Ada dua wanita dan seorang lelaki juga turut bersama. Mujurlah, semuanya sudah siap terhidang di atas meja. 

Along segera bersalam dengan tetamu yang hadir.  

Cikgu Zakuan, isterinya Mak Melur dan Cikgu Subaidah serta Izrul anak mereka, sahabat lama abah semasa di kampung.

Buah durian yang dibawa sebagai oleh-oleh segera berpindah tangan.  

Izrul baru berpindah tempat kerja ke Seremban. Semua tetamu memuji-muji masakan mi bandung itu. Air kopi buatan Along turut mendapat pujian. 

Lengkap segala bahan dan cukup rasanya mi bandung itu.

Sebelum pulang, Izrul memberi nombor telefonnya kepada Along. 

Alhamdulillah, kuntuman senyum memekar di telinga kedua ibu bapa mereka.

Buah durian pemanis mulut, mi bandung enak pengikat kasih.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU

Sarawak ngulit dua hari

KUCHING: Perintah Sarawak ngemendarka timpuh ngulit selampur nengeri pengelama dua hari, belabuh sehari tu enggau pagila. Nambah ke nya, tambai mega digitang tengan tiang aja