KUALA LUMPUR: MIC diperuntukkan empat kerusi untuk ditandingi pada PRN Johor.
Naib Presiden MIC, T. Murugiah berkata perkara itu disahkan Presiden MIC, SA. Vigneswaran, selepas perbincangan bersama parti komponen BN.
Beliau berkata jumlah kerusi MIC bagi PRN Negeri Sembilan masih belum diputuskan.
Menurutnya, MIC kini memperkemas persiapan termasuk menganjurkan latihan kepada kira-kira 150 penceramah di Johor Bahru hujung minggu ini.
Pada PRN Johor 2022, MIC memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandingi, iaitu Kemelah, Kahang dan Tenggaroh, manakala tewas di Bukit Batu seperti dipetik Bernama.

