ARTIKEL

Tertuduh (baju biru) bersama-sama tertuduh yang lain dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret 1.

Miliki 388 Gambar Pornografi Kanak-Kanak, Lelaki Dipenjara Lapan Bulan, Denda RM3,000 di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 388 keping gambar pornografi kanak-kanak di dalam komputer miliknya.

Tertuduh, 41, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kerana memiliki dan menyimpan pornografi kanak-kanak di dalam komputer riba.

Dia didakwa memiliki bahan tersebut ketika diperiksa di sebuah rumah di Taman Malihah, sekitar 12.30 tengah hari, 15 September lalu.

Nursyaheeqa memerintahkan tertuduh tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Selain itu, dia juga diperintahkan di bawah pengawasan polis selama satu tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, satu serbuan dilakukan sebuah rumah selepas pengadu merupakan pegawai kanan polis menerima hasil risikan daripada Unit MICAC dari Bukit Aman.

Semasa pemeriksaan, menjumpai 388 gambar pornografi kanak-kanak di dalam komputer tertuduh.

Tertuduh terus ditangkap bersama-sama barang kes sebuah komputer, sebuah tablet, seunit papan kekunci, seunit tetikus, seunit monitor, dan satu set modem Wi-Fi.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menyimpan bahan lucah kanak-kanak.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Siti Radhiah Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat