ARTIKEL

Kredit: Freepik.com

Miliki dadah, lelaki tempatan dipenjara tujuh bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman tujuh bulan penjara terhadap seorang lelaki tempatan kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.07 gram, Januari lalu.

Alfred Cesby Jaidi, 26,mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu dalam sebuah rumah di Kampung Siga, Jalan Kuching-Serian, sekitar jam 10 pagi, 9 November 2023.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki dalam satu sebuah di sebuah rumah di Kampung Siga kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dalam kotak rokok milik tertuduh.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.07 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU