ARTIKEL

Minyak Iraq terangi Lubnan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAHERAH: Agensi berita Rusia Sputnik semalam melaporkan Pemangku Perdana Menteri Lubnan Najib Mikatiminyak sebagai berkata Iraq menyelamatkan Lubnan daripada bergelap.

“Jika bukan kerana minyak Iraq, Lubnan pasti langsung tidak mempunyai bekalan elektrik,” kata Mikati kepada penyiar Al Iraqiya.

Mikati berkata minyak yang dibekalkan Iraq khususnya membantu mengekalkan bekalan kuasa ke pelabuhan Beirut dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Hariri.

Pada 2020, Beirut dan Baghdad bersetuju agar lebihan minyak Iraq dieksport ke Lubnan.

Pada awal minggu ini, kedua-dua pihak melanjutkan perjanjian yang menetapkan Baghdad menambah 50 peratus bekalan minyak ke Lubnan kepada 1.5 juta tan minyak setahun.

Lubnan mengalami krisis ekonomi yang teruk sejak 2019 apabila sistem kewangan negara itu runtuh akibat hutang negara manakala nilai matawang pound Lubnan turun 90 peratus sehingga menyebabkan kemerosotan dalam kuasa beli penduduk.

Bank Dunia menyifatkan krisis Lubnan sebagai “kemelesetan yang disengajakan” akibat daripada salah urus pemimpin Lubnan dan kekurangan dasar yang berkesan.

Krisis Lubnan disenaraikan dalam tiga episod krisis paling teruk di dunia sejak pertengahan abad kesembilan belas. – BERNAMA-SPUTNIK

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,