ARTIKEL

Misi Sepanyol benamkan Perancis!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TONGGAK pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella berkata pasukan itu mendapat kelebihan selepas tidak dilabel sebagai pasukan pilihan sebelum Euro 2024.

Sepanyol tidak dianggap antara pasukan pilihan utama pada permulaan kejohanan, tetapi mereka kini tampil cemerlang selepas memenangi lima perlawanan berturut-turut dan menyingkirkan tuan rumah, Jerman di Stuttgart Jumaat lalu.

Mereka kini sudah bersedia dan akan tampil dengan persembahan luar biasa ketika membuat perhitungan dengan naib juara Piala Dunia 2022, Perancis di pusingan separuh akhir pada Rabu.

“Dalam bola sepak, sudah lama ada rasa hormat kepada Sepanyol terutama cara kami bermain dan kualiti pemain yang kami ada,” ujar Cucurella.

“Tetapi dalam Euro kali ini mungkin kami bukan pasukan pilihan utama.

“Kami bermula dengan keyakinan tidak akan rugi apa-apa jika tersingkir.

Namun, kini keyakinan itu telah berkembang dan kami berada dalam detik penting kejohanan.

“Saya tahu kami mempunyai pasukan yang hebat, yang telah terbukti.

“Kami telah berjuang gigih untuk berada di sini dan kini kami memerlukan satu usaha besar terakhir,” jelasnya.

Selepas menewaskan Croatia, Itali, Albania dan Georgia, juara Eropah tiga kali Sepanyol menghadapi ujian paling getir ketika menentang Jerman dan akhirnya menang 2-1 selepas masa tambahan.

Cucurella telah menjadi salah seorang pemain penting kejohanan untuk Sepanyol.

Tidak ramai yang menjangka dia akan menyertai skuad itu beberapa bulan lalu dan tidak pasti dia akan bermula lebih awal daripada Alejandro Grimaldo pada aksi pembukaan menentang Croatia.

“Mungkin, ya,” jawab pertahanan Chelsea itu apabila ditanya sama ada dia merasakan reputasinya telah meningkat. “Apabila anda pergi ke luar negara (bermain untuk Chelsea) adalah sukar kerana orang tidak akan nampak anda.

Biasalah, orang menonton bola sepak Sepanyol dan pasukan yang mereka sokong sejak mereka masih muda.

“Pujian itu semua dialu-alukan. Tidak kira sama ada ia tiba terlalu cepat atau lambat, lebih baik jika orang mengatakan perkara yang baik tentang anda,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan