Modenas perkenal varian baharu Pulsar, NS200 ABS

KUALA LUMPUR: Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Bhd, memperkenal NS200 ABS, varian baharu bagi produk terlarisnya Pulsar, iaitu NS200.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan berkata NS200 ABS bertujuan memberikan pelanggan satu cadangan nilai terbaik untuk wang dalam segmennya yang dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan sesuai

“Model NS200 ABS, ‘naked street bike’ mampu milik dalam kategori Pulsar, dilengkapi sistem brek anti kekunci (ABS).

“Dengan enjin DTS-i Pulsar 200cc yang menghasilkan kuasa maksimum 18kW dan tork maksimum 18.6Nm, NS200 ABS menawarkan pemanduan yang lancar dengan kecekapan bahan api tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Varian Pulsar NS200 ABS kini tersedia di semua pusat jualan Modenas seluruh Malaysia pada harga RM9,655.

Ia ditawarkan empat pilihan warna – Grafit Hitam, Mirage White, Wild Red dan Kuning. – Bernama